Sunday, May 22, 2011

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:



• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.


• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


• Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Daripada Pesan Guruku:




Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan ,jin dan manusia seperti :



• dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan



• terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian mahu kena pembuli jalanan.



• dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah




Thursday, May 19, 2011

KELEBIHAN UMMUL KITAB, ASMAUL HUSNA DAN AYAT-AYAT SUCI ALQURAN....



AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu


AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:


Melepaskan rasa sakit dalaman
AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.


Kepada orang berpenyakit mental
AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.


Sakit yang keterlaluan
AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.


Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit, juga diamalkan untuk Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu


SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADAALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.


YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH
Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).


AWET MUDA (dalaman dan luaran)Zikir BacaYa Badiyah -1 kaliYa Nur - 1 kaliYa Hadi - 1 kaliYa Allah – 3 kaliBaca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38)Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman


Wednesday, May 18, 2011

DOA PENGIKAT KASIH SAYANG

ANTARA SUAMI ISTERI, ANAK,IBU BAPA,ADIK BERADIK DAN SAUDARA MARA:


YA AYYUHALLAZI NAAMANUSBIRU WASHOBIRU WARA BITHU WATTAKULLAHA LA ALLA KUM TUFLIHUM...


MAKSUDNYA: WAHAI ORANG YANG BERIMAN, SABARLAH DAN CUKUPKANLAH KESABARAN DAN PERTEGUHKANLAH KEKUATANMU DAN PATUHLAH KEPADA ALLAH, 
SUPAYA KAMU BEROLEH KEMENANGAN.

(SURAH ALI:IMRAN AYAT 200)

Saturday, May 14, 2011

restoren saba' cyberjaya

abang zikry....bad mood pasal apa x tau...manja..

abang ngah rilex jer....byk gak dia makan nasi tu...sedap katanya...dr siang td  lg minta ngan mama nak makan kat kedai.....

Adik marissa....mmg menjadi kegemaran bapa2 saudara...tu dia dok beriba ngan ayah ngah dia yg mmg sdg belajar  melayan anak kerana bakal jadi bapa bulan depan..hehehehe...

x habis jugak...order 2 chicken khabsah half,1 lamb khabsah  regular...makan 6 dewasa  3 kanak2,boleh tapau  lagi...
Akhirnya....lama dah teringin nak g makan nasi arab kat restoren ni..dgr dari kawan2 kata sedap...sebenarnya x pernah pun makan makanan arab ni saje nak cecuba jer...lgpun dekat jer dari rumah sejak dah bukak jalan short cut ke cyberjaya mmg dah jadi port baru lah hampir tiap2 minggu ke kolam kat kelab komuniti taman tasik cyberjaya ni...kali ni try g depan sikit cari restoren ni...2 x gak pusing baru jumpa restoren ni maklum la dah malam...tp jd meriah gakla sbb adik pasangan suami isteri yang bakal menimang cahayamata sulung bulan depan pun join gak...

Saturday, May 7, 2011

vantage ku...

LANGSIR YANG BELI SIAP DI NILAI 3,MULA CDG NAK BLI KAIN NAK TEMPAH TP CARI2 JUMPA YANG DAH SIAP APALAGI GRAB JERLAH...LG SENANG CITER..




ari ni rasa nak masuk pasal rumahku...alhamdulillah dah nak masuk 4 tahun kami tinggal di sini..skrg dah banyak kemudahan dan kedai2 kat cni..highway MEX pun dekat nak ke kl atau putrajaya senang giler..plg best cyberjaya dah jadi belakang umah kami jer...sebenarkan nak masukkan gambr tema rumah bukan nak menunjuk2 benda x seberapa jer tp saje untuk kepuasan diri jer benda2 ni....biasalah pompuan tetap pompuan kan..alhamdulillah jugak tahun lepas ada rezeki sikit buat renovation umah bhgn luar buat pagar, boh awning belakang  dan cat warna meroon...ari ni masuk gmbr hiasan dlman rumah jer dlu..

Sunday, May 1, 2011

1 MEI 2011

Lama dah tak edit apa2 kat sini, bkn apa tak berkesempatan. Hari ni cuti,esok pun cuti lagi sbb hr ni ahad hari pekerja so forward esok,mcm biasa hr ni ptg bwk anak2 g KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA, apalagi ke kolam renang ler, abah diorang x der pergi cari rezeki sikit kat KUANTAN jom jom jom jom jom heboh heboh....so aku pergi jerlah 4 beranak bertemankan si kakak ju(panggilan anak2 untuk maid) aku.....nak pergi jauh2 tak berani lak...tu jerlah yang termampu aku  buat untuk hari ni...